Nama penuh Khalifah Ali
ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Beliau dilahirkan pada
tahun ke sepuluh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW di Mekah. Beliau juga merupakan
kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berusia 10 tahun. Beliau adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah SAW. Bersifat berani,
tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam. Khalifah Ali didoakan dengan
lafaz Karamallahu wajhah (orang yang dimuliakan wajahnya) oleh Allah kerana
tidak pernah menyembah berhala. Beliau merupakan khalifah ke empat dan terakhir
dalam pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin (35 Hijrah- 40 Hijrah / 656 Masihi –
661 Masihi).
Setelah kewafatan
Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk
menentukan bakal khalifah seterusnya. Madinah pada masa ini dikuasai pemberontak.Penduduk
Mesir cadangkan Saidina Ali tetapi penduduk Basrah cadangkan Talhah bin
Ubaidillah dan penduduk Kufah menginginkan Zubair Al Awwam sebagai khalifah.Musyawarah
terpaksa diadakan dan keputusannya Saidina Ali bin Abi Talib dibaiah sebagai
khalifah pada 25 Zulhijjah. Pada awalnya, beliau menolak pelantikan itu, namun atas desakan para
sahabat, akhirnya beliau menerima cadangan itu
Saidina Ali telah memerintah selama 5 tahun dalam suasana yang penuh dengan konflik politik. Beliau wafat pada 17 Ramadhan 40H kerana dibunuh oleh Abdul Rahman Bin Majlam daripada golongan Khawarij yang telah membuat pakatan sulit untuk membunuhnya. Jenazah beliau telah dimakamkan di Kufah, Iraq.